Anda di sini

7,000 panggilan diterima kes kebakaran hutan

Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 7,000 panggilan kecemasan berhubung kes kebakaran hutan, belukar dan tanah gambut diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat di seluruh negara sejak awal tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata ia melibatkan anggaran 300 panggilan sehari.

“Kekerapan panggilan bagi kes seumpama itu tertumpu di Selangor, Johor dan Perak dengan anggaran 80 panggilan sehari,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan Kebakaran 2014 di sini semalam.

Bagi Kuala Lumpur, beliau berkata pihaknya menerima 489 panggilan kecemasan dalam tempoh Januari hingga semalam melibatkan pelbagai kes kebakaran.

Seminar sehari anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur itu dihadiri 750 peserta. — Bernama

Advertisement