Anda di sini

SJK Su Lai ungguli bola jaring MSSR

Advertisement

SENGIT: Perlawanan sengit antara pasukan SJK Su Lai dan SJK Sacred Heart Chinese pada Kejohanan Bola Jaring MSSR 2014.

SIBU: Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Su Lai melakar kejayaan setelah dinobatkan juara Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah-sekolah Rendah (MSSR) 2014, di sini kelmarin.

Sebagai tuan rumah, SJK Su Lai mengalahkan pesaing sengit SJK Sacred Heart Chinese, diikuti SJK Uk Daik di tempat ketiga setelah menewaskan Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sibu.

Kejohanan Bola Jaring MSSR 2014 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Sibu dengan kerjasama SJK Su Lai melibatkan penyertaan sembilan buah sekolah rendah.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan wakil Pegawai Pendidikan Daerah Sibu, Lim Chun Len.

Advertisement