Anda di sini

JKJR tidak hanya laksana program ketika musim perayaan

Advertisement

SEMATAN: Ketua Pe-ngarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Malaysia Datuk Dr Tam Weng Wah menyangkal persepsi bahawa jabatan tersebut hanya melaksanakan program ketika musim perayaan.

Perkara ini ditegaskan oleh beliau pada sidang media selepas Majlis Penutupan Modul Pendidikan Kese-lamatan Jalan Raya (RSE) sempena Program Khidmat Komuniti PLKN Peringkat Negeri Sarawak di Kem PLKN Putra Sentosa di sini semalam.

Jelas Dr Tam, program-program membabitkan ke-selamatan jalan raya tidak hanya terhad pada musim perayaan sebaliknya ia turut dilaksanakan sepanjang masa dalam pelbagai bentuk se-perti RSE dan lain-lain.

“Persepsi masyarakat bahawa JKJR hanya menjalankan program-program melibatkan keselamatan jalan raya hanya pada musim perayaan adalah tidak tepat.

“Program-program yang dilaksanakan pada musim perayaan merupakan program simbolik yang dilancarkan di peringkat kebangsaan.

“Ada banyak lagi program yang dilaksanakan oleh JKJR tetapi tidak diketahui oleh masyarakat umum, ini termasuk kerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), PLKN serta agensi-agensi lain,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Tam berkata setiap tahun negara kehilangan 6,000 nyawa akibat kemalangan jalan raya dan mendatangkan kerugian kepada negara lebih daripada RM8.3 bilion.

Jika dirujuk statistik kematian pada 2012, keseluruhan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya adalah seramai 6,917 orang dan mengambil kira asas pe-ngiraan oleh MIROS iaitu satu kemalangan bersamaan dengan nilai RM1.2 juta.

Lebih membimbangkan daripada 6,917 kematian  akibat kemalangan jalan raya, 60 peratus daripadanya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal daripada kalangan belia yang merupakan harapan kepada masa depan keluarga dan negara.

Advertisement