Anda di sini

Chia terajui SDBWA bagi sesi 2014-2015

Advertisement

MESYUARAT: Chia (duduk tengah) mengetuai AGM SDBWA di Sibu, malam kelmarin.

SIBU: Chia Soon Cheong terus menerajui Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Bahagian Sibu (SDBWA) bagi sesi 2014-2015.

Pada mesyuarat agung tahunan (AGM) SDBWA di sini kelmarin, ahli jawatankuasanya sebulat suara bersetuju mengekalkan ahli jawatankuasa sesi lalu bagi menerajui sesi kali ini.

PBBAB Sibu kali ini menyaksikan Chia mempertahan jawatannya sebagai Presiden SDBWA, sementara Ling Tung Hock sebagai naib presiden.

Setiausaha SDBWA dijawat oleh Martin Voon sambil dibantu Ling Teck Kiong, sementara jawatan bendahari dan penolong bendahari masing- masing Chan Phau Lung dan Chia Soon Chey.

Ahli jawatankuasa SDBWA dilantik Magdeline Chan, Linggie Sini, Lau Sie Soon, Tiong Chiong Soon dan Ling Pik Nyiik.

Dalam ucapannya, Chia berkata bahawa SDBWA akan membeli peralatan senaman angkat berat di gim mereka di Dewan Suarah Sibu.

Katanya, ahli-ahli SDBWA kini semakin bertambah setelah gim mereka berpindah ke pusat baharu iaitu di Dewan Suarah Sibu pada tahun lalu.

Advertisement