Anda di sini

16 pasukan memeriahkan aksi Futsal Gemilang Generasi Y

Advertisement

LAWAS: Sebanyak 16 pasukan memeriahkan kejohanan Futsal Gemilang Generasi Y anjuran Unit 65 Penerangan Lawas, di sini petang kelmarin.

Pegawai Penerangan Daerah Lawas, Syahrulizan Madian berkata program itu untuk merapatkan hubungan kalangan unit 65 Penerangan Lawas dan komuniti setempat.

Syahrulizan optimis kejohanan itu mampu mengasah bakat-bakat baharu kalangan generasi muda dalam sukan futsal yang kini ramai peminatnya selain wadah perpaduan.

“Kita juga mahu golongan muda dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan proaktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi, justeru mengelak daripada terjebak masalah sosial,” katanya.

Pada kejohanan itu, pasukan Malindo muncul juara dan kedua dimenangi pasukan Aplosan.

Turut sama jawatankuasa Unit 65 Penerangan Lawas, Senawi Abang.

Advertisement