Anda di sini

11 sekolah rendah Zon Pantu berentap pada saingan futsal

Advertisement

RASMI: Harden ketika melakukan sepak mula pertandingan futsal MGB Zon Pantu di Stadium Tertutup Sri Aman kelmarin.

SRI AMAN: Sebanyak lima pasukan lelaki dan empat pasukan wanita dari 11 buah sekolah rendah Zon Pantu bersaing pada Kejohanan Futsal 2014 anjuran Majlis Guru Besar (MGB) Zon Pantu di Stadium Tertutup Sri Aman di sini kelmarin.

Pengerusi penganjur, Alfred Kendim berkata semua pemain merupakan kalangan guru dan kakitangan pentadbiran Zon Pantu.

Menurutnya, bagi menyaksikan pertandingan lebih menarik setiap pasukan lelaki mengikuti nama Piala Dunia dengan pasukan wanitanya pula dinamakan mengikut pasukan Liga Super Malaysia.

Pasukan lelaki seperti Brazil, Sepanyol, Jerman dan Itali manakala pasukan wanita pula adalah Sarawak, Pahang, Perak dan Johor.

“Para pemain tidak mewakili sekolah masing-masing bagi pertandingan ini kerana bercampur antara sekolah yang berlainan,” katanya ditemui pada perasmian kejohanan itu.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis diberi penghormatan menyempurnakan upacara sepak mula pertandingan itu.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang mengumumkan peruntukan sejumlah RM10,000 kepada MGB Zon Pantu.

Turut hadir Pengerusi MGB Zon Pantu, Wan Naruddin Wan Jaafar, timbalannya Mohd Tony Abdullah, guru-guru besar, guru-guru serta kakitangan pentadbiran sekolah zon berkenaan.

Advertisement