Anda di sini

Warga SEGi disaji dengan siri pengetahuan berkisar dunia perniagaan

Advertisement

FOKUS: Para pelajar Kolej SEGi ketika menghadiri ceramah berkenaan baru-baru ini.

KUCHING: Warga SEGi disajikan dengan siri pengetahuan berkisarkan dunia perniagaan dengan penceramah jemputan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Finance Bank Berhad Datuk Mohamed Azahari Mohamed Kamil dan rakan urusan dan pengasas bersama daripada Navis Capital Partners Nicholas Bloy.

Menurut kenyataannya baru-baru ini, ceramah itu merupakan sebahagian daripada siri yang dipanggil ‘Ceramah SEGi’, satu usaha bagi mewujudkan persekitaran yang merangsang akal pelajar untuk berfikir di luar kotak.

“Juga mempelajari pengalaman sebenar mereka yang telah berkerjaya dalam industri masing-masing di samping memberi inspirasi kepada para pelajar yang tidak terdapat di dalam buku teks,” katanya.

Sesi ceramah yang dijalankan di bawah Pusat Kecemerlangan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan itu berhasrat untuk memberi pengalaman yang unggul kepada para pelajarnya di sini.

Tidak dinafikan pertumbuhan dan penerimaan perbankan dan kewangan Islam bukan sahaja di negara-negara Islam tetapi dalam ekonomi global hari ini.

Justeru, Datuk Mohamed Azahari akan berkongsi pengalaman peribadi beliau dalam industri perbankan Islam negara.

Bagi Nicholas Bloy pula, beliau akan menyampaikan ceramah bertajuk ‘Siapa Yang Mahu Menjadi jutawan?’.

“Terdapat tiga kategori jutawan iaitu jutawan dari segi kewangan, jutawan dalam kasih sayang dan harga diri untuk rakyat dan jutawan idea,” katanya.

Beliau juga berkata perjalanan ke arah menjadi jutawan yang penuh dengan risiko tetapi jangan takut untuk gagal.

Ceramah bagi warga kolej SEGi pada masa depan termasuk mengenai industri Seni Kreatif dan Penjagaan Awal Kanak-kanak dan Industri Pendidikan.

Advertisement