Anda di sini

The Colour Rush 2.0 gempak

Advertisement

MERIAH: Peserta memeriahkan larian The Colour Rush 2.0 di Dewan Suarah Miri pagi semalam.

Lebih 1,400 penduduk termasuk peserta dari Bintulu terlibat dalam larian amal itu

MIRI: Aktiviti larian amal membantu pesakit kanser kanak-kanak, The Colour Rush 2.0 mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk dan pelancong.

Dianggarkan lebih 1,400 penduduk termasuk peserta dari Bintulu terlibat dalam aktiviti itu yang diadakan di Dewan Suarah Miri pagi semalam.

Pengerusi penganjur, Jocelyn Hee gembira dengan sokongan baik peserta terhadap aktiviti julung kali itu yang turut disertai oleh pelancong dari negara jiran, Brunei Darussalam dan ekspatriat.

“Peserta juga terdiri daripada kakitangan syarikat swasta dan pelajar dari Tenby International School, terdiri mereka berusia dua tahun hingga 66 tahun,” katanya di sini semalam.

Beliau menambah merupakan susulan dari aktiviti The Colour Rush di Kuching.

Peserta membanjiri kawasan Dewan Suarah Miri seawal jam 6 pagi.

Aktiviti dimulakan dengan senaman zumba.

Peserta juga diberikan bungkusan mengandungi serbuk warna dan semua peserta akan melemparkan serbuk berkenaan ke atas dan kepada peserta lain sebelum dilepaskan.

Aktiviti diteruskan dengan larian sejauh lima kilometer dan semua peserta sampai ke garisan penamat dalam tempoh satu setengah jam.

Turut mengambil bahagian ialah bekas Setiausaha Politik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Sebastian Ting yang turut melepaskan peserta yang terdiri pesakit kanser yang ditemani bersama ahli-ahli keluarga mereka.

Sepuluh peserta lelaki dan wanita yang sampai awal ke garisan penamat menerima pingat daripada penganjur.

Bertemakan ‘Helping Kids Outrun Cancer’, larian itu dianjurkan oleh Pertubuhan Pesakit Kanser Kanak-Kanak (SCCS) Miri sempena Hari Kanser Kanak-Kanak Sedunia pada 15 Februari lalu.

Advertisement