Anda di sini

Polis tahan 13 lelaki disyaki terlibat dadah

Advertisement

KUCHING: Polis menahan 13 lelaki yang disyaki terlibat dengan kesalahan berkaitan dadah pada operasi pencegahan jenayah Ops Cantas yang dijalankan pada malam kelmarin (Sabtu).

Lokasi operasi adalah di Travillion, Tebingan Kuching, 101, Tabuan Foochow, Tabuan Melayu, Samariang Batu, Masja dan Jalan Astana.

Empat orang ditahan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah manakala sembilan orang lagi ditahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) akta sama kerana mengambil dadah.

Pada operasi yang disertai enam pegawai dan 73 anggota itu, pemeriksaan turut dilakukan ke atas 172 orang dan 48 kenderaan, 38 motosikal serta lapan lori.

Selain itu, pemeriksaan turut melibatkan empat rumah.

Advertisement