Anda di sini

20 peserta menamatkan Kursus Pengadil Bola Sepak

Advertisement

BINTULU: Seramai 20 peserta berjaya menamatkan Kursus Pengadil Bola Sepak, Futsal dan Match Inspektor Peringkat Negeri Sarawak pada 16 Februari hingga semalam (21 Februari) di Bilik Mesyuarat Dewan Suarah di sini.

Kursus anjuran Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) itu dikendalikan oleh Pegawai Pembangunan Pengadil Sarawak, Marsid Dahalan sebagai tenaga pengajar dibantu oleh Teo Bee Teck.

Setiausaha Kehormat BiFA, Mohd Zaifulfadillah Junaidi berkata kursus itu disertai peserta dari Miri, Limbang, Bintulu termasuk Sabah.

Katanya, kursus itu dianjurkan bertujuan melahirkan pengadil-pengadil baharu dalam bola sepak, futsal termasuk sebagai `Match Inspektor’.

Majlis penyampaian sijil kepada peserta kursus dihadiri oleh Presiden BiFA, Duke Janteng semalam.

Advertisement