Anda di sini

Tingkatkan kesedaran simptom kanser

Advertisement

KUALA LUMPUR: Lebih banyak mesej dan maklumat mengenai simptom kanser perlu disampaikan kepada masyarakat bagi menyedarkan mereka untuk segera menjalani pemeriksaan kesihatan jika mengalami gejala itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata semua pihak berkenaan khususnya pengamal perubatan swasta perlu memainkan peranan dalammenyebarluaskan perkara itu kepada masyarakat.

Beliau berkata keperluan meningkatkan pengetahuan rakyat mengenai simptom kanser penting bagi membolehkan mereka yang dikesan menghidapi penyakit itu mendapat rawatan awal secara optimum.

“Mesej inilah yang perlu disampaikan termasuk oleh pengamal perubatan swasta kepada orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Ekspo Hari Kanser Sedunia 2014 di sini, semalam.

Persidangan dan ekspo sehari itu, yang dianjurkan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia bersama-sama dengan InfoMed Malaysia dan Clinical Reseach Malaysia, disertai kira-kira 350 peserta termasuk pakar dan pengamal perubatan.

Memetik data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), beliau berkata bilangan kes kanser di Malaysia bertambah kepada 37,400 pada 2012 berbanding 32,000 kespada 2008.

“Kadar kematian akibat kanser turut meningkat kepada 21,700 orang pada 2012 berbanding 20,100 pada 2008. Bilangan kes kanser pula dijangka meningkat kepada56,932 pada 2025 jika tiada langkah pencegahan sewajarnya diambil,” kata beliau.

Dr Subramaniam berkata peningkatan kes kanser dan kematian akibatnya juga boleh dikaitkan dengan pandangan tradisi sesetengah individu mengenai penyakititu hingga menyebabkan mereka enggan mendapatkan rawatan.

“Pandangan konsep tradisi mahupun kebudayaan ini menganggap kanser sesuatu (penyakit) yang tidak (boleh) baik dan adalah lebih baik menyembunyikan keadaansebenar daripada mendapatkan rawatan. Apabila rawatan lewat diperoleh, makakadar hayat (pesakit) boleh berkurangan,” katanya.

Berikutan itu, beliau menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pengambilan makanan selain menghindari tabiat merokok dan minuman keras yang menyebabkan kanser.

Beliau turut menggalakkan masyarakat supaya mendapatkan suntikan imunisasi  yang boleh mengurangkan risiko kanser. — Bernama

Advertisement