Anda di sini

Mesej ‘World Thinking Day’ selari misi melestari pendidikan negara

Advertisement

KOTA KINABALU: Sambutan ‘World Thinking Day’ setiap tahun oleh Persatuan Pandu Puteri pada semalam dalam memberi kesedaran tentangkepentingan berpendidikan, membawa mesej yang selari dengan misi kerajaan dalam melestarikan sistem pendidikan negara.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata sambutan ‘World Thinking Day’ tahun ini jelas menitikberatkan soal pendidikansebagai asas kepada pembangunan modal insan.

Beliau berkata mesej sambutan tahun ini amat relevan dan perlu diberikan perhatian oleh semua pihak kerana kualiti modal insan boleh menentukan jatuh bangunnya kedudukan sesebuah negara.

“Mendemokrasikan pendidikan tanpa mengira gender merupakan tanggungjawab sejagat yang menuntut kepada kemampuan kita semua untuk menjiwai hasrat disebalik mesej sambutan ‘World Thinking Day’ ini,” katanya ketika merasmikansambutan itu di Wisma Pandu Puteri di sini semalam.

Tawfiq berkata penghebahan mesej ‘World Thinking Day’ itu menerusi aktiviti Persatuan Pandu Puteri bukan sahaja berupaya meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan berpendidikan dalam kalangan anggota persatuan, tetapi juga masyarakat setempat dan agensi berkepentingan lain. — Bernama

Advertisement