Anda di sini

Lapor kepada KPDNKK jika ada kenaikan harga susulan BR1M

Advertisement

JITRA: Pengguna diminta melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jika mendapati berlaku kenaikan harga barangan susulan agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bermula semalam.

Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata jika sebelum ini kenaikan harga barangan seperti ikan disebabkan faktor cuaca, kini keadaan sudah pulih dan tiada sebab peniaga menaikkan harga.

“Jika tiada laporan dibuat, tindakan tidak boleh diambil. Lapor kepada KPDNKK jika mendapati harga barang dinaikkan selepas terima BR1M,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Gerakan Pengguna Siswa di sini semalam.

Menurut Ahmad Bashah, pemerhatian KPDNKK mendapati harga kebanyakan barangan sudah kembali stabil.

BR1M 3.0  yang bernilai RM650 bagi isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM3,000 dan RM300 untuk individu bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan, mula diagih semalam. — Bernama

Advertisement