Anda di sini

Kazakhstan ditabalkan juara Pra-Kelayakan ITF 2014

Advertisement

KUCHING: Kazakhstan gah setelah ditabalkan juara Pra-Kelayakan Kejohanan Tenis Remaja Dunia (ITF) Asia/Oce­ania 2014 (lelaki) dan Piala Fed Remaja (wanita) di Gelanggang Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) kelmarin.

Pilihan keempat itu menun­dukkan Lubnan 3-0 pada final kelmarin untuk muncul juara dalam kategori lelaki Kejohanan Tenis Remaja Dunia (ITF).

Rodion Pak meraih mata pertama dengan menun­dukkan Kevin Chahoud 6-4, 1-6, 6-3 manakala Dostanbek Tashulatov memastikan mata kedua setelah menewaskan Karim Najia 6-0, 6-0.

Rodion dan Dostanbek ke­mudiannya bergabung untuk menewaskan Karim Najia-Karim Slaibi 6-1, 6-0 bagi menggondol mata ketiga.

Syria pula menduduki tem­pat ketiga setelah menyingkir­kan Turkmenistan 2-1 dalam perlawanan ‘play-off’.

Kazakhstan turut mara ke perlawanan akhir Piala Fed Remaja setelah pasukan wani­tanya berjaya mengungguli tempat pertama.

Selaku pilihan pertama kejo­hanan, Kazakhstan mengekal­kan rekod tanpa kalah dengan menewaskan Sri Lanka 3-0 pada perlawanan akhir.

Menduduki tempat ketiga hingga kelima adalah Iran, Kyr­gyzstan and Turkmenistan.

Pada pra-kelayakan Kejo­hanan Tenis Remaja Dunia ITF (wanita), Kyrgyzstan melakar kejutan dengan me­namatkan kempen di kedudu­kan pertama setelah menun­dukkan Singapura 2-1.

Ermeka Nurgazieva meraih mata pertama buat Kyrgyzstan dengan menewaskan Maxine Ng 6-2, 6-3 pada saingan per­seorangan pertama.

Charmaine Seah men­jadikan kedudukan 1-1 setelah menewaskan Eliza Akarova 3-6, 6-4, 6-2.

Ermeka-Eliza memas­tikan kemenangan berseja­rah buat Kyrgyzstan dengan mengecewakan Charmaine-Ashley Yim 6-3, 5-7, 6-1.

Malaysia yang beraksi den­gan baik di peringkat awal saingan menduduki tempat ketiga dengan menewaskan Turkmenistan 3-0.

Perlawanan akhir Kejo­hanan Tenis Remaja Dunia ITF (lelaki dan wanita) akan diadakan di sini semula dari 5-11 Mei depan. Manakala final Piala Fed Remaja ber­langsung di New Delhi, India pada April depan.

Advertisement