Anda di sini

16 pasukan bersaing aksi bola sepak MAKSAK Sarawak pada 22-16 Mac

Advertisement

KUCHING: Sebanyak 16 pasukan terdiri dari pel­bagai agensi kerajaan negeri menyertai Kejohanan Bola Sepak MAKSAK Sarawak 2014 yang berlangsung pada 22 Februari hingga 16 Mac depan.

Ia dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAK­SAK) Sarawak manakala Kelab Sosial dan Sukan Jabatan Tanah dan Survei (LANDAS) bertindak selaku pengelola.

Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Datu Sajeli Kipli merasmikan kejo­hanan yang akan berlangsung selama 23 hari di Stadium Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) semalam.

Dalam ucapannya, Sajeli berkata kejohanan itu ber­tujuan memilih pemain yang akan mewakili MAKSAK Sarawak pada edisi yang di­adakan di Kelantan pada 3 hingga 6 April depan.

Beliau juga berharap ke­johanan itu dapat menjadi landasan bagi mengeratkan hubungan erat antara kak­itangan kelab gabungan MAKSAK Sarawak.

“Melalui aktiviti ini, kita dapat memupuk budaya ber­sukan di kalangan kakitangan kerajaan sekali gus mewujud­kan masyarakat yang sihat dan cergas,” katanya.

Pasukan yang mengesa­hkan penyertaan pada edisi kali ini ialah LANDAS, Ka­wasan Pembangunan Perta­nian Bersepadu Samarahan (IADA), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pelajaran Sarawak (PSKPP Sarawak), Jabatan Perubatan dan Kas­tam.

Turut serta Jabatan Per­tanian Sarawak, UNIMAS, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Pustaka/Imigresen, Sarawak Energy (SEB), Pejabat Residen Dae­rah Kuching, Muzium/HDC, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Lembaga Pelabu­han Kuching (KUPORT) dan Lembaga Pembangu­nan dan Lindungan Tanah (LCDA).

Tiga padang Unimas akan digunakan sepanjang kejo­hanan itu.

Advertisement