Anda di sini

Lelaki ditemui mati di dalam rumah sewanya

Advertisement

MATI MENGEJUT: Beberapa anggota polis mengangkat keluar mayat mangsa dari dalam rumah untuk dihantar ke HUS.

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati di dalam rumah sewanya di Jalan Datuk Ajibah Abol, di sini petang Khamis lepas.

Mangsa ialah Hadjeli Hamzah yang berusia 59 tahun dikatakan tinggal ber­sendirian dan ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai oleh anak perem­puannya sekitar jam 5.15 petang.

Menurut sumber, siasatan awal polis di tempat kejadian tidak menemui se­barang unsur jenayah dan difahamkan keadaan mayat mangsa hampir reput.

“Maklumat daripada anak mangsa memberitahu bahawa mangsa sebe­lum ini telah menjalani pembedahan jantung dan tinggal berseorangan di rumah sewa tersebut.

“Kali terakhir mangsa dilihat menurut jirannya ialah pada Sabtu (15 Februari) lepas,” kata sumber.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad semasa dihubungi mengesahkan kematian mangsa se­bagai mati mengejut sementara men­unggu keputusan bedah siasat.

“Mayat mangsa telah dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati menge­jut sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya.

 

Advertisement