Anda di sini

Kereta dilaporkan hilang ditemui

Advertisement

BERBAHAYA: Ketua Pasukan MPV SM Devaraj (kiri) menunjukkan taji ayam sabung semasa melakukan pemeriksaan dalam kereta tersebut.

SIBU: Sebuah kereta yang dilaporkan hilang bulan lalu berjaya ditemui semula oleh polis awal pagi semalam.

Pasukan peronda yang men­jalankan rutin mereka sekitar jam 3.30 pagi itu terserempak dengan sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Ding Lik Kong di sini.

Polis yang memberhentikan kereta tersebut mendapati dua lelaki berada di dalam kereta merupakan pencuri tegar yang dipercayai terlibat dalam satu kes pecah rumah sebelum ini.

Menurut polis, kereta terse­but dipercayai pernah di­gunakan untuk melakukan jenayah pecah rumah di Jalan Oya bulan lalu.

Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut manakala kereta tersebut turut dirampas.

Polis yang memeriksa kereta tersebut menjumpai sebuah pintu kereta termasuk taji ayam sabung yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah.

Polis percaya pintu kereta tersebut dicuri oleh dua suspek terbabit dari sebuah bengkel.

Advertisement