Anda di sini

Tujuh rumah di Kg Rampayan musnah terbakar

Advertisement

KOTA KINABALU: Lebih tujuh keluarga terpaksa tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Kampung Rampayan, Menggatal, di sini, musnah dalam kejadian kebakaran pagi kelmarin.

Insiden berlaku kira-kira jam 10.30 pagi itu membabitkan sebanyak tujuh buah rumah jenis sementara yang terjejas teruk akibat kebakaran berkenaan.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohammad Affendy K Ramin ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 10.46 pagi sebelum sepasukan anggota digegaskan bagi operasi memadamkan api.

“Tiga jentera dengan kekuatan 27 anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

“Laporan awal mendapati tujuh buah rumah jenis sementara musnah terbakar dan kita berjaya mengawal api kebakaran daripada merebak ke sebuah masjid berhampiran.

“Operasi dilaporkan terkawal pada jam 11.33 pagi dan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku,” katanya.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 

Advertisement