Anda di sini

Ledakan Kroos musnahkan Arsenal

Advertisement

MANTAP: Pemain Bayern Munich, Toni Kroos (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Javi Martinez pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Arsenal di Stadium Emirates di london pada Rabu lepas. — Gambar Reuters

LONDON, England: Bayern Munich seperti melangkah sebelah kaki ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara selepas satu jaringan can­tik Toni Kroos membantu mereka menewaskan Arsenal – yang menamatkan per­mainan dengan 10 pemain – 2-0 di Stadium Emirates Rabu lepas.

Bayern, yang dibimbing Pep Guardiola, bagaimana­pun berasa amat bertuah be­berapa ketika pada perlawa­nan pertama pusingan kedua itu tetapi kehebatan mereka mula menyerlah menerusi jaringan cantik Kroos dan gol kedua Thomas Mueller melengkapkan jaringan.

Bayern terselamat dari ket­inggalan awal apabila Mesut Ozil gagal menyempurnakan satu tendangan penalti untuk Arsenal sementara Bayern juga terlepas peluang men­dahului awal apabila David Alaba juga gagal menyem­purnakan satu tendangan penalti.

Tetapi penjaga gol Ar­senal, Wojciech Szczesny dibuang padang pada satu insiden yang memberikan satu tendangan penalti buat Bayern dan pasukan pelawat akhirnya mengambil sepenuh peluang dengan kelebihan pemain menerusi gol Kroos dan Mueller.

Bayern boleh menamatkan tugas mereka pada perlawanan kedua, 11 Mac depan tetapi Arsenal boleh mendapat s e ­mangat dari keme­nangan 2-0 di Munich di peringkat yang sama musim lepas walaupun ia gagal menghalang mereka tersingkir dari kejohanan kerana peraturan gol di tem­pat lawan.

kalian dengan beberapa pe­luang awal, pertama dari cubaan Yaya Sanogo dan kemudian cubaan Santi Ca­zorla dinafikan oleh penjaga gol Manuel Neuer.

Permulaan meyakinkan Ar­senal semakin mencemaskan Bayern dan mereka seharus­nya sudah di hadapan seawal minit kesembilan apabila Jack Wilshere melakukan satu umpanan cantik kepada Ozil, yang di­jatuhkan oleh Jerome Boateng dalam kotak penalti.

Namun prestasi hambar Ozil sejak kebelakangan ini memberi impak besar apabila rembatannya mudah ditepis oleh Neuer.

Boateng kemudian bernasib baik apabila tidak diberikan kad kuning kedua (selepas kad pertama kerana menjatuhkan Ozil) apabila melakukan terja­han keras ke atas Wilshere.

Tetapi anak buah Guardiola mula mengimbangi rentak permainan dan mengambil sepenuh kesempa­tan dari kekece­w a a n Ar s e n a l membuka jaringan awal.

Bayern boleh mendahului gol seawal minit ke-40 apabila Arjen Robben bergandingan cantik dengan Kroos sehingga masuk ke dalam kotak penalti sebelum dijatuhkan oleh Szc­zesny, yang dilayangkan kad merah serta-merta, kad merah yang ke-100 sepanjang 18 tahun Wenger di Arsenal.

Penjaga gol gantian, Lukasz Fabianski bagaimanapun tidak mengecewakan apabila mene­pis tendangan lemah Alaba.

Permainan hambar Bayern dalam separuh masa pertama bagaimanapun berubah den­gan pertukaran taktik selepas rehat, dengan Guardiola memasukkan Rafinha untuk menggantikan Boateng dan memindahkan Javi Martinez ke pertahanan tengah untuk membolehkan pertahanan kanan, Philipp Lahm beralih ke bahagian tengah dan men­gawal rentak permainan.

Pertukaran taktik itu membuahkan hasil apabila Mario Goetze dan Robben berjaya menguji Fabianski sebelum Kroos mem­buka jaringan pada minit ke-54.

Pemain gantian, Mueller, tidak ber­nasib baik kerana tidak diberikan satu tendangan penalti selepas dijatuhkan oleh Laurent Ko­scielny tetapi beliau menebus kekece­waan itu dengan me n y emp u r ­nakan gol ked­ua pada minit ke-88 dari satu umpanan Muel­ler. — AFP

Advertisement