Anda di sini

Lebih 1,200 peserta sertai ‘Colour Rush 2.0’

Advertisement

PETA: Lakaran peta Colour Rush 2.0 yang akan bermula di Dewan Suarah Miri seawal jam 7 pagi.

MIRI: Larian ‘Colour Rush 2.0’ yang julung kali dian­jurkan di sini mendapat sambutan yang meng­galakkan dengan penyer­taan lebih 1,200 daripada warga Miri pada Ahad (23 Februari) ini.

Program larian ‘Colour Rush 2.0’ merupakan pro­gram anjuran Pertubuhan Kanser Kanak-kanak Neg­eri Sarawak (SCCS) dengan kerjasama OurYouth.my berikutan dengan kejayaan Colour Rush yang telah diadakan pada tahun lepas di Kuching.

Pengerusi penganjur Col­our Rush Miri Jocelyn Hee berkata, biarpun julung kali dianjurkan, namun sambu­tan daripada masyarakat setempat yang amat mem­brangsangkan menunjukkan warga Miri saling mem­berikan sokongan dalam penganjuran aktiviti.

“Kami amat kagum den­gan respons yang diberikan oleh warga Miri dari pel­bagai peringkat umur iaitu dua tahun peserta paling kecil manakala 70 tahun adalah peserta yang paling tua.

“Program sebegini bukan sahaja sebagai satu aktiviti larian yang penuh warna-warni, bahkan ia adalah cara serta sokongan mereka terhadap kesedaran dalam penyakit kanser dikalangan kanak-kanak,” jelas beliau dalam sidang media yang diadakan di sini semalam.

Menurut Hee, larian ber­warna-warni sejauh 5 kil­ometer tersebut bermula pada seawal jam 6.30 pagi dari Dewan Suarah Miri dan berlari sekitar kawasan Miri sehingga kembali ke dewan berkenaan.

Sebelum memulakan lari­an berkenaan, setiap peserta akan diberi dua pek tepung pewarna untuk ditaburkan kepada peserta lain.

“Yuran pendafataran adalah RM35 termasuk den­gan sehelai baju-T. Bagaim­anapun, baju adalah terhad dan diberikan berdasarkan dengan konsep siapa cepat dia dapat,” katanya.

Jelas beliau, walaupun penyertaan menggalakkan, namun pendaftaran masih terbuka sehingga pada hari larian bagi mereka yang masih berminat untuk turut serta.

Tambah Hee, selain larian tersebut, turut diselitkan dengan senaman Zumba oleh Dance Fusion Studio sebe­lum bermulanya larian dan selepas larian berkenaan.

Sepuluh peserta lelaki dan wanita yang terawal akan menerima sebuah medal masing-masing.

Antara objektif pengan­juran program tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat ten­tang penyakit kanser yang juga menggalakkan masyar­akat setempat bersama menjayakan acara terbabit serta sebagai tanda sokon­gan terhadap kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan para peserta agar mengutamakan keselamatan masing-mas­ing dan anak-anak yang menyertai.

“Keselamatan adalah tanggungjawab para peserta sendiri. Pastikan setiap per­aturan serta arahan dituruti agar tiada masalah yang tim­bul. Ibu bapa dan penjaga juga perlu mengutamakan anak-anak di bawah jagaan mereka,” tegasnya sambil menambah taklimat kesela­matan turut akan diberikan sebelum larian dimulakan.

Dalam pada itu, pihak penganjur turut mengalu-alukan pelbagai pihak yang sudi memberikan tajaan bagi membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser terbabit.

Bagi sebarang pertanyaan mengenai Colour Rush Miri, mereka yang berminat boleh menghubungi Hee di talian 019-8841161 atau emelkan kepada chia@sccs.org.my untuk keterangan lanjut.

SCCS adalah sebuah organ­isasi sukarelawan yang tidak mencari keuntungan yang ditubuhkan oleh sekumpu­lan ibu bapa yang mempu­nyai anak yang menghidap penyakit kanser.

SCCS berperanan menye­diakan bantuan kewangan dan sokongan moral, ke­mudahan penginapan dan rawatan bagi mereka yang berada di luar kawasan serta pendidikan dan peng­etahuan mengenai penyakit kanser dikalangan kanak-kanak.

Advertisement