Anda di sini

Kerajaan rancang perluas peranan NSTB: Hishammuddin

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang untuk memperluaskan peranan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NSTB) meliputi pengangkutan udara, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata perkara itu sudah dibincangkan dengan syarikat penerbangan di negara ini seperti Malaysia Airlines dan AirAsia.

“Kita berharap mereka bersetuju dengan cadangan ini,” katanya dalam sidang media di sini semalam. NSTB ditubuhkan oleh kerajaan susulan nahas bas terburuk di Genting Highlands pada 21 Ogos tahun lepas yang meragut 37 nyawa dan 16 lagi cedera.

Lembaga itu dibentuk bagi menasihat serta melapor terus cadangan dan penambahbaikan kepada Kementerian Pengangkutan berhubung isu dan kejadian berkaitan keselamatan jalan raya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata orang ramai boleh membaca laporan penuh mengenai nahas di Genting Highlands tersebut bermula semalam menerusi lamansesawang kementerian.

“Sebelum ini kerajaan tidak pernah menunjukkan laporan penuh punca nahas-nahas terdahulu kepada orang awam. Ini merupakan kali pertama dan diharapia diteliti semua pihak bagi membendung kejadian sama,” kata beliau.

Terdahulu Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan melancarkan buku Angkatan Tentera Malaysia bertajuk ‘The Nation’s Shield 80th Anniversary’. — Bernama

Advertisement