Anda di sini

Keputusan pengadil ‘membunuh permainan’

Advertisement

LONDON, England: Pengu­rus Arsenal, Arsene Wenger jelas kecewa apabila pasu­kannya, yang menamatkan permainan dengan 10 pe­main, tewas 0-2 di tempat sendiri kepada Bayern Mu­nich pada perlawanan per­tama pusingan kedua Liga Juara-Juara Rabu lepas.

Kedua-dua pasukan gagal menyempurnakan satu ten­dangan penalti dalam sepa­ruh masa pertama yang pe­nuh dramatik, dengan Me s u t Ozil gagal me­letakkan Arsenal di hadapan apabila gagal menyempur­nakan tendangan penalti awal sebelum David Alaba juga gagal menyempurnakan penalti untuk Bayern se­lepas penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny dibuang padang kerana menjatuhkan Arjen Robben dalam kotak penalti.

Bayern mengambil sepe­nuh kesempatan dengan kelebihan pemain apabila membuka jaringan menerusi satu gol cantik Toni Kroos sebelum pemain gantian, Thomas Mueller menanduk satu hantaran lintang Philipp Lahm untuk gol kedua pada minit ke-88.

“Keputusan pengadil se­cara umumnya membunuh permainan,” kata Wenger ketika merujuk keputusan pengadil dari Itali, Nicola Rizzoli yang menyingkirkan Szczesny.

“Saya fikir penjaga gol kami menolak bola dan dalam masa yang sama beliau menyentuh Robben, yang sememangnya pandai berla­kon.

“Beliau (Rob­ben ) se­orang yang cukup berpen­galaman. Bayern bermain dengan sentuhan pendek dan kami tidak biasa dengan bola sepak itu di England.

“Kami kadang-kadang mengadu mengenainya dan saya fikir kesalahan yang diberikan hari ini kebi­asaannya tidak diberikan pada perlawanan Liga Per­dana.”

“Kami mempunyai pel­uang untuk menjaringkan gol hari ini tetapi malangnya hari ini bukan hari kami.”

Bayern menewaskan Arse­nal 3-1 pada peringkat yang sama musim lepas tetapi tewas 0-2 pada perlawanan kedua dan layak ke pusingan suku akhir dengan kelebihan gol di tempat lawan.

Melihat apa yang berlaku musim lepas itu, jurulatih Bayern, Pep Guardiola tidak mahu anak buahnya leka pada perlawanan kedua, 11 Mac depan. — Reuters

Advertisement