Anda di sini

Kami akan singkirkan Jerman atau Portugal, tegas Klinsmann

Advertisement

FLORIANOPOLIS, Bra­zil: Jurulatih kebangsaan Amerika Syarikat (AS): Jurgen Klinsmann percaya pasukannya akan meny­ingkirkan Jerman atau Portugal pada pusingan pertama Piala Dunia 2014, Jun depan.

“Pasukan kami sudah matang sejak beberapa tahun terakhir dan kami akan memberikan mereka saingan yang sangat kuat,” kata beliau semasa bengkel pra-Piala Dunia FIFA Rabu lepas.

“Kami dijangka akan melangkah ke pusingan kedua, ini bermakna Jer­man, Portugal dan Ghana harus bersaing sesama send­iri untuk satu lagi tempat dari Kumpulan G.

“Kami mengharungi kempen kelayakan sukar, di mana kami telah mem­buktikan keupayaan kami. Kami mempunyai ramai pemain yang bagus,” kata bekas jurulatih kebangsaan Jerman, yang pernah mem­bimbing Jerman ke tempat ketiga Piala Dunia 2006.

Klinsmann mengene­pikan perjalanan jauh skuadnya ke Brazil tetapi berkata beliau bimbang penyokong pasukan mung­kin tidak akan dapat men­yaksikan semua perlawanan mereka.

“Saya fikir perjalanan jauh di Piala Dunia bukan satu masalah kerana semua isu perjalanan dan penerbangan sudah diuruskan dengan baik,” tambah beliau.

“Ia mungkin agak sukar untuk penyokong pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kami akan memiliki kumpulan penyokong terbesar ke Bra­zil. Kami akan mempunyai penyokong yang hebat, jadi saya berharap mereka dapat menonton semua perlawa­nan kami.”

AS akan memulakan ke­johanan dengan menentang Ghana di Natal, sebelum menentang Portugal di Manaus dan Jerman di Recife, apa yang dianggap jadual perlawanan paling sukar pada pusingan per­tama.

Tiada sebarang pener­bangan terus dari AS ke Natal, bandar raya di timur Brazil, yang berhampiran dengan Afrika berbanding Amerika Utara dan peminat perlu bergerak dari New York untuk ke Sao Paulo atau Rio de Janeiro selama 15 jam atau lebih lama lagi.

“Kami semua menjang­kakan satu perlawanan hebat di negara juara dunia lima kali,” tambah Klins­mann. — Reuters

Advertisement