Anda di sini

Buaya muda tumpas lagi

Advertisement

KUCHING: Nasib malang skuad Piala Presiden Sarawak berterusan setelah mencatat kekalahan kelima pada per­lawanan menentang Selangor di Stadium Negeri petang semalam.

Anak-anak buah Johnny Dominicus tewas 0-1 untuk terus menghuni kedudu­kan tercorot dalam saingan Kumpulan A.

Keadaan kucar-kacir di benteng pertahanan Sarawak memberi peluang kepada Murugan Balachandran men­jaringkan gol tunggal perla­wanan pada minit ke-34.

Pada minit ke-45, Selangor dihadiahkan sepakan penalti selepas penyerang mereka di­kasari dalam petak penalti.

Peluang itu bagaimanapun gagal dimanfaatkan oleh penyerang Selangor Ibrahim Syaihul setelah sepakan kedu­anya melambung tinggi.

Permainan Sarawak lebih kemas pada separuh masa kedua namun penyudah yang tumpul menidakkan peluang untuk mencipta gol sekali­pun acap kali melancarkan serangan berbahaya ke kubu Selangor.

Nasib sama diharungi kem Selangor yang buntu men­jana jaringan tambahan bagi mengukuhkan kedudukan mereka.

Keputusan tersebut kekal hingga wisel penamat dibun­yikan pengadil Kamarulza­man.

Sarawak hanya mengutip tiga mata dari satu keme­nangan setelah melalui enam perlawanan setakat ini.

Advertisement