Anda di sini

Tiga lelaki diberkas selepas menceroboh kilang beras

Advertisement

KUCHING: Tiga lelaki berjaya diberkas setelah bersembunyi hampir 10 jam di dalam belukar selepas di­dakwa memecah masuk se­buah kilang beras di Demak Laut, di sini semalam.

Ketiga-tiga suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu dikatakan meny­erah diri pada jam 11.30 pagi dipercayai berikutan cuaca panas dan kelaparan selain be­berapa pekerja kilang terse­but juga telah mengepung belukar berkenaan.

Difahamkan, kesemua suspek yang berasal dari ka­wasan Bako itu telah masuk ke dalam kilang terbabit dan cuba melarikan dua kampit beras bersama lebih 20 kilogram gula namun tidak berjaya apabila disedari be­berapa pekerja kilang itu.

“Apabila menyedari kegia­tan mereka telah terbongkar, ketiga-tiga suspek kemudian terus melarikan diri dan ter­paksa bersembunyi di dalam belukar berdekatan.

“Namun setelah hampir 10 jam bersembunyi, mere­ka (suspek) terpaksa meny­erah diri apabila menyedari mereka tidak mempunyai jalan lain untuk melari­kan diri tambahan belukar tersebut juga telah dikepung oleh beberapa pekerja kilang terbabit,” kata sumber.

Selepas berjaya ditahan, kesemua suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Turut ditemui di tempat kejadian beberapa peralatan seperti pemotong besi dan senjata tajam dipercayai milik suspek.

Laporan polis juga telah dibuat berhubung kejadian dan siasatan lanjut oleh polis masih dijalankan.

 

Advertisement