Anda di sini

SEB berusaha selesai masalah pengangkutan Penan di Metalun

Advertisement

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) semalam mengesahkan bahawa pihaknya sedang dalam usaha mencari jalan bagi membantu serta menyelesaikan masalah pengangkutan masyarakat Penan di Metalun.

Pengurus Kanan Kedua Tanggungjawab Sosial Korporat SEB Jiwari Abdullah memberitahu, pihaknya amat terkejut dan menyuarakan kekecewaan ketika dimaklumkan keputusan pemilik feri mengenakan yuran yang tinggi.

Apa yang lebih mengecewakan apabila pihak berkenaan turut mengenakan syarat prosedur yang ketat kepada penumpang.

“Dengan sokongan yang kuat daripada kerajaan negeri dan SEB, masyarakat Penan di Metalun bekerja keras setiap hari untuk mewujudkan petempatan semula baharu mereka di sana.

“Pengenalan kos dan kebimbangan baharu berhubung dengan feri tidak akan membantu.

“Apa salahnya sekiranya kontraktor yang mengendalikan perkhidmatan feri bertimbang rasa dan mengenakan kos yang terlalu tinggi itu,” tegas Jiwari dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Advertisement