Anda di sini

Kongres Pergigian Borneo 2014 di Kuching, 22-23 Feb

Advertisement

KUCHING: Kongres Pergigian Borneo 2014 bertemakan Emerging Challenges and Advancement in Oral Health akan diadakan di Hotel Pullman di sini pada 22 dan 23 Februari ini.

Objektif utama kongres itu adalah untuk meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang kepada Persatuan Pergigian Zon Timur.

Bukan itu sahaja, kongres selama dua hari itu turut menampilkan penceramah antarabangsa dari Taiwan, India dan Singapura.

Antara topik yang dibincangkan dalam kongres itu nanti ialah One File NITI System 1 and 2 oleh Dr Chris Chen dari Taiwan dan Art and Science of Implant Aesthetics – Dream or Reality oleh Prof Dr Dhanasekar (India).

Selain itu, Dr Chow Kai Foo dari Singapura dan Dr Edward Shih Chang Tseng (Taiwan) akan menyampaikan ceramah berkaitan implan gigi dan Prof Dr Prithiviraj Jeyaran (India) membentangkan mengenai ‘Intervensi awal Ortodontik – Konsep dan Strategi’.

Sementara itu, Dr Haizal Hussaini dari Malaysia pula akan menerangkan mengenai ‘Kawalan Jangkitan’.

Turut diadakan semasa kongres tersebut ialah pameran dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Perubatan Pergigian Zon Timur Ke-5.

Advertisement