Anda di sini

Warga pendidik digesa laksana Program ‘We Care’

Advertisement

TRANSFORMASI PENDIDIKAN: Nansian (tengah duduk) bergambar bersama para ahli MGBDB selepas pertemuan di pejabatnya, semalam.

Ia sebagai langkah untuk tingkat prestasi pendidikan dan kemahiran sosial para pelajar, kata Nansian

KUCHING: Warga pendidik di setiap sekolah rendah dan menengah di daerah Bau digesa untuk melaksanakan Program ‘We Care’ sebagai langkah untuk meningkatkan prestasi pendidikan dan kemahiran sosial para pelajar.

Menteri Muda Pembangunan Masyarakat Datuk Peter Nansian Ngusie berkata program itu perlu memberi fokus kepada transformasi mental kerana ia dapat membentuk individu beperwatakan baik.

“Saya percaya walaupun di dalam sekolah, apa yang anda fikirkan akan menjadi tindakan dan apabila tindakan ini diulangi ia akan menjadi kebiasaan atau tabiat.

“Sebaik sahaja anda membentuk tabiat ini, ia kemudian akan menjadi watak anda dan apabila anda mempunyai watak… itu yang  kan menentukan nasib anda,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan ahli Majlis Guru Besar Daerah Bau ( MGBDB) di pejabatnya di sini semalam.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Bau Les Met dan Pengerusi MGBDB Ginor Nyipoi.

Menurut Nansian lagi, dengan menganjurkan program itu, ia akan memastikan pelajar melakukan tindakan yang lebih baik bagi menghasilkan prestasi yang baik kepada para pelajar.

“Apabila ini dipupuk dalam diri mereka ia akan menjadi tabiat pelajar untuk melakukan yang lebih baik dan menjadi watak yang baik,” jelasnya.

Beliau juga menegaskan bahawa selain daripada pendidik, ibu bapa dan masyarakat perlu bekerjasama dalam program ini untuk mencari rantaian cara menjaga pelajar.

Sementara itu, Nansian turut mendedahkan bahawa dua projek sekolah menengah dan sebuah lagi sekolah jenis teknik telah diluluskan untuk daerah Bau.

“Pada masa ini, pembinaan SMK Singai sedang diterus-kan dan dijadualkan siap pada Mac 2015.

“Sekolah menengah se-terusnya yang akan dibina adalah SMK Jagoi dan dengan kerajaan menekankan kepada pendidikan teknikal, Sekolah Teknik Tasik Biru juga telah diluluskan,” kata-nya.

Sementara itu, tiga sekolah di daerah Bau masih menghadapi masalah bekalan air bersih yang sepatutnya siap 14 bulan yang lepas.

Katanya kelewatan bekalan air bersih ke SK Simpang Kuda, SK Segubang and SK Serasot bukan berpunca daripada kerajaan tetapi di-sebabkan kontraktor.

“Kalau diikutkan kepada tender kontrak yang telah diluluskan, projek berkenaan sepatutnya siap sejak 2012 lagi.

“Tetapi sekarang, kita telah memasuki 2014 dan masih tidak terdapat tanda-tanda projek berkenaan akan siap dan ini sudah melebihi satu tahun,” katanya.

Buat masa ini, sekolah yang terjejas masih menggunakan bekalan air graviti dari gunung atau air hujan.

Akan tetapi, masalah bertambah teruk apabila tiba musim kemarau.

Mengulas perkara terbabit, beliau berharap Jabatan Kerja Raya akan melihat masalah berkenaan untuk diselesaikan segera.

Advertisement