Anda di sini

Taib terima kunjungan hormat Profesor Jim Mienczakwoski

Advertisement

TANDA INGATAN: Profesor Jim Mienczakwoski (dua kiri) menerima cenderamata berupa buku foto-foto terkini pembangunan di Sarawak. Turut kelihatan Dr Chan (kanan).

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Pro Naib Canselor Curtin Universiti Kampus Sarawak (Curtin Sarawak) Profesor Jim Mienczakwoski di kediamannya di Demak Jaya kelmarin.

Ketua Menteri menghadiahkan buku berupa foto-foto terkini pembangunan di Sarawak kepada Profesor Jim Mienczakwoski sebagai tanda kenang-kenangan.

Hadir sama Pengerusi Curtin Sarawak yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan.

Advertisement