Anda di sini

Spartan Warrior Samariang mengungguli ‘Simunjan Series’

Advertisement

KUCHING: Kelab Muaythai Spartan Warrior Samariang mengungguli Kejohanan Muaythai ‘Simunjan Series’ selepas memenangi tiga daripada 10 perlawanan yang dipertandingkan.

Beraksi di Dewan Mesra Simunjan, Kelab Muaythai Spartan Warrior mendapat tentangan hebat daripada kelab berdaftar lain seperti Kelab Muaythai Phoenix Meranek dan Kelab Muaythai UiTM Sarawak.

Pasukan lain yang mengambil bahagian termasuk Kelab Muaytai JBL, Kelab Muaythai Jalan Entingan dan Pejasa Muaythai.

Selain penganjuran kejohanan, program muaythai bersama komuniti anjuran Persatuan Muaythai UiTM Sarawak itu turut merangkumi klinik asas muaythai yang dikenalikan jurulatih muaythai Sukan Malaysia (SUKMA), Azli Karim.

Klinik itu mendapat mendapat penyertaan 40 pelajar sekolah sekitar Simunjan.

Pengerusi penganjur, Ahmad Shazani Mohd Ghazali berkata program itu mendapat sambutan hangat daripada kalangan belia sekitar Simunjan.

“Ini adalah langkah permulaan dan kami akan menganjurkan aktiviti sama lebih meriah pada masa akan datang,” katanya.

Menurutnya, kemungkinan besar program edisi kedua akan berlangsung penghujung tahun ini.

Advertisement