Anda di sini

Peragut hentak kepala wanita dengan topi keledar

Advertisement

KUCHING: Seorang wanita dalam lingkungan usia 20-an mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas dihentak menggunakan topi keledar oleh peragut di belakang sebuah bank di Jalan Simpang Tiga, di sini.

Dalam kejadian jam 9 malam Ahad lalu itu, mangsa yang berjalan kaki seorang diri dalam perjalanan balik ke rumahnya di Kenyalang Park.

Difahamkan, sebuah motosikal tiba-tiba menghampirinya dan pembonceng berpura-pura bertanyakan sesuatu kepada mangsa sebelum merampas beg tangannya.

Mangsa yang cuba mempertahankan beg tangannya itu, kemudian dipukul menggunakan topi keledar sebelum dua lelaki berkenaan melarikan diri.

Beg itu dikatakan mengandungi sejumlah wang, telefon bimbit dan beberapa dokumen penting.

Laporan telah dibuat dan kes sedang disiasat.

Dalam kes berasingan, pihak pengurusan sebuah bangunan di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, membuat laporan polis apabila seorang lelaki mengamuk selepas bertengkar dengan isterinya, kelmarin.

Insiden itu berlaku sekitar jam 8 malam selepas isteri lelaki berkenaan selesai bekerja.

Difahamkan, lelaki berkenaan bertindak ganas dengan memecahkan pintu cermin bangunan menggunakan senjata tajam.

Punca pergaduhan bagaimanapun tidak diketahui.

Advertisement