Anda di sini

Pelados FC membuktikan kehebatan juara futsal

Advertisement

KEJAYAAN: Dua pasukan berentap merebut piala kejuaraan bersama jawatankuasa penganjur sebelum perlawanan.

DEBAK: Skuad Pelados FC dari Spaoh berjaya membuktikan kehebatan mereka apabila berjaya menewaskan Nakama FT dari Saratok pada perlawanan akhir Kejohanan Futsal Piala YB Mohd Razi Sitam Tertutup ADUN Saribas, kelmarin.

Pelados FC membariskan pemain muda berbakat dan serba pengalaman berjaya mencatat kemenangan ke atas Nakama FT dengan 2-1 di gelanggang Futsal 1Malaysia di sini.

Dengan kemenangan itu, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM500, piala iringan dan pingat manakala naib juara membawa pulang wang tunai RM300, piala iringan dan pingat.

Skuad Woo FC pula berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM200 dan pingat setelah berjaya memperolehi tempat ketiga.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohamad Razi Sitam iaitu Piee Alwi dan Penghulu Kampung Melayu Debak, Abang Kifrawi Abang Rukaili.

Penganjur kejohanan, Saiful Hanizam Suhailie berkata kejohanan itu mampu memperlihat pemain- pemain berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih jauh bagi mewakili Betong dan Saribas.

Katanya, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pasukan yang bertanding kerana menunjukkan semangat kesukanan tinggi.

“Kemampuan ditunjukkan oleh pemain sangat tinggi serta kerjasama berpasukan membuahkan hasil dan berjaya ke tahap sebenar sebagai seorang pemain sesebuah pasukan,” katanya.

Kejohanan tersebut anjuran JKKK Kampung Bungey Hulu dan Laserlight Crew dilangsungkan selama tiga hari.

Sebanyak 27 pasukan mengesahkan penyertaan dan empat penyertaan pasukan jemputan dari Saratok, Betong, Spaoh dan Kabong.

Advertisement