Anda di sini

Kanak-kanak perempuan lemas ketika mandi di air terjun

Advertisement

BINTULU: Seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun lemas ketika mandi-manda bersama keluarganya di air terjun Sime Darby Plantation Lavang Oil Mill di kilometer 72 Jalan Bintulu-Miri sekitar jam 2.50 petang Ahad lalu.

Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik dikenali Clarice Claudereey Kenneth mandi-manda di air terjun terbabit dengan ahli keluarganya.

Bapa mangsa, Kenneth Randang dan isterinya hanya memerhatikan dari tebing sahaja tiga orang anak mereka mandi di air terjun tersebut.

Menyedari anak sulungnya itu tidak lagi berada di lokasi terakhir dia dilihat, Kenneth dengan segera memanggil anaknya dan seterusnya cuba menyelam ke dasar air terjun bagi menyelamatkan anaknya yang dikhuatiri lemas itu.

Begitupun, usahanya sia-sia kerana gagal menemui anaknya disebabkan air terjun yang agak deras dan keruh yang menyukarkannya menyelam ke dasar air terjun terbabit.

Tidak berapa lama kemudian, dia telah menjumpai anaknya itu di dasar air terjun berkenaan di kawasan yang hampir satu meter dalam- nya.

Sejurus itu, dia dengan serta-merta menarik anaknya ke tebing dan berusaha memberikan bantuan kecemasan namun anaknya itu masih juga tidak sedarkan diri.

Melihatkan anaknya tidak sedarkan diri, Kenneth dan keluargnya terus menghantar Clarice ke klinik kesihatan tidak jauh dari situ dan pemeriksan dibuat mendapati anaknya telah meninggal dunia.

Mayat Clarice dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat.

Advertisement