Anda di sini

Sarawak terus mengganas

Advertisement

KENTAL: Pemain tengah Sarawak, Ashri Chuchu cuba melepasi benteng pertahanan Perak pada aksi Liga Super di Stadium Negeri di Kuching pada Sabtu lepas.

Jaringan tunggal Janjus pastikan Ngap Sayot catat kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak

KUCHING: Sarawak melonjak ke tangga ketiga Liga Super 2014 sete­lah mencatat ke­menangan tipis 1-0 ke atas Perak di Sta­dium Negeri di sini malam kelmarin.

Penyerang dari Serbia, Milorad Jan­jus menjadi wira Ngap Sayot dengan menyem­purnakan sepakan percuma dari jarak kira-kira 20 meter pada minit ketu­juh.

Pasukan tuan rumah hampir me­nambah jaringan pada minit ke-31, namun bola tandukan Assri Chuchu gagal disam­bar dengan kemas oleh Milorad.

Pada minit ke-43, penyerang import Perak dari Brazil Eliel da Cruz Gurdi­ano hampir men­jaringkan gol pen­yamaan namun tandu­kannya tersasar keluar.

Perlawanan separuh masa kedua semakin ran­cak dengan giliran Perak mengasak kubu Sarawak dari pelbagai sudut.

Pada minit ke-56, pen­jaga gol Sarawak Sani Anuar Kamsani berjaya mema­tahkan cubaan pemain gan­tian Perak, Muhammad Nazri Mohd Kamal setelah menerima umpanan cantik dari Eliel da Cruz dalam ka­wasan petak penalti.

Pertahanan tinggi lampai, Gabor Gyepes yang bekerja keras mengagalkan serangan lawan hampir menjaringkan gol kedua Sarawak pada minit ke-68 namun sepakannya tersasar setelah menerima bola hantaran Alireza Ab­basfard.

Perlawanan itu turut men­yaksikan beberapa insiden tegang berlaku antara pemain kedua-dua pasukan hingga memaksa pengadil, Sukri Abdul Rahman melayangkan 10 kad kuning.

Turut menerima padah pemain tengah Sarawak, Jun­ior Eldstal yang dilayangkan kad merah pada minit ke-70 kerana memunggut dua kad kuning.

Kemenangan kelmarin cukup melegakan Ketua Jurulatih, Robert Alberts sambil memuji persembahan anak-anak buahnya kerana berjaya memastikan tiga mata penuh milik mereka.

“Syabas kepada semua pemain kita kerana masih mampu menandingi keu­payaan lawan meskipun bermain dengan hanya 10 orang,” katanya mengulas perlawanan tersebut malam kelmarin.

“Lebih membanggakan, pemain-pemain kita berjaya memastikan gawang tidak dibolosi setelah mengharungi lima perlawanan. Ia satu pencapaian cukup baik,” ujarnya.

Bagaimanapun, Alberts agak terkilan dengan be­berapa keputusan pengadil yang lebih banyak memihak kepada pasukan lawan.

Malah, beliau juga melu­ahkan rasa tidak puas hati dengan corak permainan Perak yang agak keras seh­ingga hampir mengundang kecederaan terhadap pe­main-pemainnya.

Sarawak akan bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Ter­engganu menentang T-Team pada 8 Mac depan, selepas melayan kunjungan Felda United dalam saingan suku akhir kedua Piala FA di Sta­dium Negeri Kuching pada 18 Februari (Selasa) ini.

 

Advertisement