Anda di sini

Edar Bible Berbahasa Melayu: Tiada aduan diterima polis

Advertisement

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan tiada aduan diterima setakat ini berhubung isu pengedaran kitab Bible berbahasa Melayu di sebuah sekolah di sini seperti disiarkan akhbar Sinar Harian semalam.

Muka hadapan akhbar edisi utara itu turut melaporkan seorang guru telah menangkap tiga lelaki yang didakwa cuba mengedar beberapa buah kitab Bible kepada pelajar sekolah itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP, Gan Kong Meng berkata, setakat ini tiada saksi yang tampil memberi kenyataan serta penyerahan tangkapan berhubung kes itu.

“Polis sedang siasat dengan teliti dan menasihati orang ramai supaya bertenang dan jangan melakukan sesuatu yang boleh menggugat ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata, polis akan berhubung dengan wartawan yang menulis laporan berkenaan dan pengurusan sekolah bagi mendapatkan butiran lanjut isu berkenaan. — Bernama

Advertisement