Anda di sini

Dr Ling kapten baharu Kelab Golf Sarawak

Advertisement

KAPTEN BAHARU: Dr Ling dipilih selaku kapten KGS baharu bermula Disember tahun lalu.

Dr David Syl­vester Ling secara rasmi di­pilih sebagai kapten baharu Kelab Golf Sarawak (KGS) Sabtu lalu.

Beliau dipilih Disember tahun lalu bersama-sama beberapa ahli jawatankuasa pengurusan yang lain.

Kesemua mereka termasuk Dr Ling diperkenalkan kepada ahli-ahli kelab pada majlis penyampaian hadiah Kejo­hanan Golf Khas Chap Goh Meh 2014.

Naib Presiden KGS, Dr Mohd Syafiq Abdullah ber­harap jawatankuasa baharu itu dapat menjadikan kelab tersebut lebih berjaya sebagai padang golf utama di negeri ini.

“Saya berharap mereka ber­jaya menerajui kelab ini. Saya pasti ahli-ahli kelab membuat pilihan tepat,” katanya.

Dr Ling berkata, tugas per­tamanya adalah untuk menge­nal pasti keperluan kelab dan ahli-ahli.

Sementara itu, Annie Boon muncul juara ‘nett’ wanita ke­johanan itu yang berlangsung di KGS Sabtu lalu.

Tempat kedua diraih Daisy Kon, manakala Tan Chlo Wee memenangi ‘gross’ wanita.

Patrick Tiong pula meme­nangi ‘nett’ Kumpulan B yang juga gelaran pertamanya sejak 20 tahun.

“Saya gembira kerana akhirnya memenangi sesuatu dalam sukan golf. Ini merupa­kan sesuatu yang baik untuk saya,” kata Patrick.

Sepanjang kejohanan itu, Patrick mengumpul 64 mata manakala Jeong Yong Hun dan Kim Hyeong Geon sekadar berpuas hati di tempat kedua dan ketiga.

Dalam Kumpulan A, Helmi Hipni dinobatkan sebagai juara ‘nett’ selepas mengumpul 66 mata diikuti Hoon Kee Hock dan Lee Dae Gun di tempat kedua dan ketiga.

Mohd Yusri Jusmail muncul pemenang ‘gross’ dalam Kumpulan A dengan 77 mata manakala Lee Kah Ming dan Magit Semong di tempat kedua dan ketiga.

Seramai 200 pemain golf mengambil bahagian pada kejohanan itu.

 

 

Advertisement