Anda di sini

Skuad muda Sarawak ‘dahaga’

Advertisement

BERBISA: Skuad Piala Presiden Sarawak mengharapkan sentuhan berbisa Abdul Rahim bagi membantu menundukkan Negeri Sembilan petang esok. Pemain itu menjaringkan dua gol ketika membenam Perlis 3-1 di Stadium Negeri Khamis lalu.

KUCHING: Skuad muda Sarawak dalam misi mem­buru kemenangan kedua pada kempen Piala Presiden menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Ab­dul Rahman, Paroi petang esok.

Berbekalkan tonik keme­nangan 3-1 ke atas Perlis di laman sendiri Khamis lalu, anak-anak buah Johnny Do­minicus memastikan tiga mata penuh akan berjaya dibawa pulang.

Bagaimanapun, skuad muda Ngap Sayot turun tanpa dua pemain utamanya iaitu Tommy Mawat Bada dan Badrul Azahar Adenan yang digantung perlawanan.

Turut direhatkan peny­erang utama, Eugene Thomp­son yang mengalami keceder­aan kaki.

“Ketiadaan tiga pemain tonggak itu tidak akan mer­encatkan peluang kita kerana skuad muda kita masih memi­liki ramai pemain berpotensi untuk mengisi ruang yang ditinggalkan pemain-pemain terbabit.

“Cuma strategi permain­an mungkin akan berubah sedikit dengan kemasukan pemain baharu. Namun, saya pasti pengalaman dan kema­hiran mereka akan membantu kita melakar kemenangan yang diperlukan,” katanya di sini semalam.

Menurut Johnny, beliau akan mengekalkan Nor Azizi Ramlee dan Abdul Rahim Ab­dul Razak di posisi serangan setelah kedua-dua pemain tersebut mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu Sarawak membenam Perlis di laman sendiri Khamis lalu.

“Mereka telah menun­jukkan keserasian yang baik dan saya berharap gandingan mereka dapat membantu kita melakar satu lagi kemenan­gaan,” ujarnya.

Menurut Johnny, peluang kedua-dua pasukan adalah seimbang dan masing-mas­ing mempunyai kelebihan tersendir untuk melakar ke­menangan.

“Kekalkan fokus semasa permainan dan jangan men­sia-siakan segala peluang yang menjelma.

“Saya yakin nasib akan ber­pihak kepada kita jika semua pemain dapat mengekalkan corak permainan terbaik sep­erti sebelum ini,” katanya.

Sarawak menduduki tempat kelapan dalam saingan Kumpu­lan A dengan mengumpul tiga mata selepas mengharungi empat perlawanan.

Mereka tewas tiga perla­wanan sebelum ini di tangan Kedah, Kelantan dan Felda United.

 

Advertisement