Anda di sini

Format Liga Bola Sepak Sibu 2014 mempunyai sedikit perubahan

Advertisement

SIBU: Format Liga Bola Sepak Sibu 2014 menampilkan sedikit perubahan apabila la­pan pasukan yang menduduki tangga teratas dalam Liga Sibu tahun lalu berada dalam Kumpulan 1.

Liga Sibu 2014 yang dian­jurkan oleh Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu (SFA) dijadual bermula pada 15 Mac ini dengan dibahagikan kepada Kumpulan 1 dan Kumpulan 2.

Setiausaha SFA, Abdul Hajis Abdullah berkata pasukan Exodust FC akan bergabung dengan Kastam FC sebagai satu pasukan pada saingan kali ini dalam Kumpulan 1.

Pasukan lain dalam Kumpu­lan 1 ialah Nazario FC, Mukah Nafas FC, V8 FC, TZ FC, Rimba Hijau FC dan Ras­com FC.

Sementara itu, pasukan Singgah Selalu FC dan D.D FC yang berada dalam Kumpulan 2 akan melakukan cabutan undi bagi menentukan siapa masuk ke Kumpulan 1 bagi melengkapkan senarai lapan pasukan dalam kumpulan tersebut.

“Namun, keputusan akhir hanya akan dibuat ketika mesyuarat pengurus pasukan pada awal Mac ini,” katanya sambil berkata sebanyak 12 pasukan berminat bersaing dalam Kumpulan 2.

Selain Polis dan Miskal FC, saingan Kumpulan 2 turut disertai beberapa pasukan baharu yang akan membuat kemunculan sulung mereka pada Liga Sibu kali ini.

Pasukan berminat boleh menghubungi Abdul Hajis di talian 012-8559639.

Advertisement