Anda di sini

500 pelari bakal sertai larian amal ‘Colour Rush 2.0’

Advertisement

MIRI: Sekurang-kurangnya 500 pelari dijangka turut serta pada larian amal ‘Colour Rush 2.0’ yang bakal diadakan pada 23 Februari ini di Dewan Suarah Miri.

Pengerusi penganjur, Jocelyn Hee memberitahu pihaknya berbesar hati den­gan sokongan yang diberikan oleh orang ramai melalui penyertaan mereka itu.

“Tahun ini kita mensasarkan sekurang-kurangnya 700 orang untuk turut serta dan kita masih ada sasaran seramai 200 hingga 300 orang lagi untuk dicapai,” katanya semalam.

Semalam, dijadualkan se­bagai hari terakhir bagi pe­serta yang mahu turut serta untuk mendaftarkan diri bagi menyertai larian amal berkenaan.

Larian tersebut bakal men­yaksikan peserta berlari se­jauh lima kilometer sekitar Bandar raya Miri dan di­anjurkan oleh Pertubuhan Pesakit Kanser Kanak-kanak (SCCS).

Ia diadakan untuk men­ingkatkan kesedaran ka­langan orang awam tentang kepentingan menjadi seba­hagian daripada kanak-kanak menderita kanser dengan memberikan sokongan serta galakan.

Sesiapa yang ingin meng­etahui tentang larian dan pertanyaan lanjut boleh men­ghubungi Hee di talian 019-8841161 atau emel ke [email protected].

Advertisement