Anda di sini

Lelaki terselamat daripada serangan kejam

Advertisement

SIBU: Seorang lelaki terse­lamat daripada serangan kejam oleh tujuh lelaki di tanah perkuburan di sini Selasa lalu dalam kejadian yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kes pem­bunuhan ahli perniagaan di Bintangor.

Mangsa dikenali sebagai Tie, 44, mengalami keced­eraan di bahagian tubuh badan, kedua-dua belah kaki, tangan kanan patah dan kecederaan di bahagian lutut dan hidung patah dalam serangan itu.

Tie terlibat dalam aktiviti pembalakan dan difahamkan ahli geng ‘Paradom’ pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat pada 2009.

Dalam kejadian itu, Tie dikatakan berada di kedia­mannya di Jalan Berjaya di sini bersama isterinya, 39, jam 6.30 petang.

Tujuh lelaki itu kemudian membawa mangsa ke tanah perkuburan di Bukit Aup dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.

Mereka percaya Tie dika­takan berkaitan dengan kes pembunuhan Lau Sii Ang, 43, yang terlibat dengan perniagaan pembalakan di Limbang.

Lau, difahamkan bekas anggota geng ‘Lo Han’ dibunuh di sebuah kedai kopi di Bintangor pada 9 Februari lalu.

Setibanya di tanah perkuburan, Tie yang di­tutup matanya dibawa ke­luar dari kenderaan dan dipukul oleh tujuh lelaki dengan menggunakan ba­tang kayu.

Mangsa juga dipaksa mengangkat sumpah jika dia tidak melakukan pem­bunuhan ke atas Lau.

Mangsa kemudian di­hantar ke Persiaran Brooke dan ditinggalkan di tepi jalan berdekatan dengan pusat perubatan swasta.

Akibat serangan itu, mangsa mengalami keced­eraan dibawa ke pusat perubatan swasta dan di­laporkan berada dalam keadaan stabil.

Isteri mangsa kemudian membuat laporan polis un­tuk tindakan selanjutnya.

Bertindak atas laporan, polis berjaya menahan beberapa individu bagi membantu siasatan dan Tie mengenal pasti tiga lelaki yang dikatakan meny­erangnya.

Berhubung kes pem­bunuhan Lau, polis Bin­tangor turut mendapatkan bantuan polis Sibu bagi mengesan pembunuh.

 

Advertisement