Anda di sini

Lelaki mabuk ditahan polis cuba menyerang keluarganya

Advertisement

SIBU: Seorang lelaki mabuk ditahan polis selepas suspek dikatakan cuba menyerang ahli keluarganya pada Khamis lalu.

Suspek yang berusia 40-an dari Jalan Bandong, di sini bertindak ganas selepas sesi minum minuman keras di kediamannya sekitar jam 6.30 petang.

Ketika suspek cuba menyerang ahli keluarga, abangnya bertindak menghalang suspek dan suspek mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka.

Suspek kemudian bertindak menghentak kepalanya di dinding rumah ketika polis cuba menahan suspek di kediamannya.

Dalam kejadian berasingan, seorang wanita membuat laporan setelah diperas ugut oleh kakak iparnya untuk membayar balik hutang.

Suami wanita terbabit dikatakan berhutang dengan perjudian siber dan tidak membayar balik hutang selama enam bulan.

Lelaki yang berusia 27 tahun dari Sibu Jaya itu melarikan diri untuk bekerja di Solomon sejak dua minggu lalu.

Pemiutang kemudian mencari bapanya di Sibu Jaya dan kakak penghutang dikatakan memeras ugut isterinya untuk membayar balik hutang itu.

Wanita itu kemudian bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Sibu Jaya untuk tindakan selanjutnya.

Advertisement