Anda di sini

Joewy Teh dinobat Ratu Cheongsam Malaysia 2014

Advertisement

RATU: Joewy Teh (tengah) merakamkan kenangan bersama pemenang lain.

KUCHING: Joewy Teh Shu Ru dinobatkan Ratu Cheongsam Malaysia (MCM) 2014 yang diadakan di Hotel Riverside Majestic Hotel di sini malam kelmarin.

Teh yang berusia 24 tahun daripada 18 finalis MCM 2014 membawa pulang wang tunai RM5,000, mahkota, piala dan selempang.

Tempat kedua dan ketiga pula disandang oleh Kao Yu Ling, 23, dan Tania Sim Chek Huang, 20, masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000 dan RM1,500.

Manakala tempat keempat pula disandang oleh Layla Wong Hui Woon, 24, menerima wang tunai RM1,000 dan tempat kelima dimenangi Janice Boon Yen Yen, 19, membawa pulang RM500.

Antara gelaran lain yang turut dipertandingkan ialah Cheongsam Terbaik dimenangi Eunice Lim Zhi Ping, 21, Miss Talent Esabelle Choong Hui Peng, 19, Miss Friendship Layla Wong Hui Woon, Miss Photogenic Qua Tian Tian, 19, dan Miss Personaliti Michelle Lim Siat Jing, 22.

MCM 2014 merupakan penganjuran kali ke-24 oleh syarikat Alaric’s Production yang merupakan acara tahunan sempena sambutan TBC.

Advertisement