Anda di sini

Budak cedera terkena serpihan tin penyembur racun serangga

Advertisement

KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki dikejarkan ke Hospi­tal Umum Sarawak (HUS) ekoran kecederaan di bibir serta dahinya terkena serpihan tin penyembur racun serangga yang meletup akibat dibakar semalam.

Menurut sumber, mangsa yang baharu berusia empat ta­hun semasa kejadian dikatakan menunggu neneknya yang sedang membakar sampah di rumah mereka di Pangkalan Kuap, Muara Tuang, di sini sekitar jam 10 pagi.

“Bagaimanapun, mereka dike­jutkan dengan satu letupan, apabila satu tin penyembur racun serangga tiba-tiba meletup seh­ingga serpihannya terpelanting terkena bibir serta dahi mangsa,” kata sumber.

Ibu bapa mangsa yang tidak berada di tempat kejadian segera pulang ke rumah mereka selepas dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan terus menghantar mangsa ke HUS.

Mangsa sehingga berita ini ditulis semalam dilaporkan be­rada dalam keadaan stabil.

Sementara dalam satu kejadian berasingan, seorang pekerja sebuah kilang memotong besi di Sungai Pantu, Sri Aman dikejar­kan ke HUS ekoran kecederaan parah yang dialaminya.

Difahamkan, mangsa, 30-an, semasa kejadian sedang bekerja apabila besi pemotong besi yang sedang digunakan mangsa patah lalu terkena bahagian mukanya dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 8 pagi.

Mangsa yang parah itu kemu­dian dikejarkan ke Hospital Sri Aman namun dirujuk ke HUS untuk rawatan lanjut.

Advertisement