Anda di sini

1.5kg syabu ditemui dalam ladang kelapa sawit

JOHOR BAHARU: Jabatan Imigresen Johor menemui bungkusan dadah dipercayai Methamphetamine atau syabu yang dianggar bernilai RM180,000 di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi tengah malam kelmarin.

Pengarahnya Rohaizi Bahari berkata syabu seberat 1.5 kilogram itu ditemui pada salah seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahandalam kawasan ladang dalam Operasi Operasi Bersepadu 60 kira-kira jam 12.30 tengahmalam.

Siasatan awal mendapati, suspek yang berusia 45 tahun itu menerima bungkusan tersebut daripada seorang tekong darat untuk diserahkan kepada seseorang diBatam, Indonesia.

“Suspek disuruh membawa bungkusan itu dan sebagai ganjaran, pihak tekong tidak akan mengenakan bayaran kepada dirinya untuk pulang ke Indonesia,” kata beliau dalam sidang akhbar di sini semalam.

Rohaizi berkata dalam operasi itu, seramai 12 Pati warga Indonesia berusia antara 24 hingga 45 tahun yang dipercayai mahu keluar dari negeri ini secara haram ditahan.

Mereka tidak mempunyai pas masuk sah ke negara ini, katanya. — Bernama