Anda di sini

Sultan S’gor mahu pengangkutan awam ke Perpustakaan Raja Tun Uda

Advertisement

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah meminta pihak berkaitan memanjangkan sistem pengangkutan awam ke Perpustakaan Raja Tun Uda di sini demi kemudahan pengunjung.

Sultan Sharafuddin bertitah baginda tidak mahu projek itu menjadi ‘gajah putih’ jika perpustakaan itu sepi daripada dikunjungi oleh pelawat susulan ketiadaan pengangkutan awam.

Baginda juga mahu pembinaan fasa kedua dan ketiga perpustakaan itu diteruskan pada kadar segera dengan keutamaan kepada pembinaan tempat letak kereta bagi menampung keperluan.

Sultan Selangor bertitah demikian dalam majlis penyerahan buku-buku kejuruteraan sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada perpustakaan itu, di sini semalam.

Baginda turut menyeru badan korporat dan berkanun serta mereka yang berkemampuan agar menderma buku kepada kutub khanah itu. — Bernama

Advertisement