Anda di sini

Percaturan Johnny berhasil

Advertisement

MATA PENTING: Nor Azizi (dua kiri) meraikan jaringan pertama pada perlawanan Piala Presiden menentang Perlis di Stadium Negeri semalam. Sarawak menang selesa 3-1.

KUCHING: Skuad Piala Presiden Sarawak mencatat kemenangan pertama den­gan menundukkan Perlis 3-1 di Stadium Negeri petang semalam.

Anak-anak buah Johnny Dominicus yang belum men­catat sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan se­belum ini bermula garang dan banyak mendominasi perlawanan.

Jaringan pertama Sarawak hadir seawal minit ke-4 apa­bila Nor Azizi Ramlee men­ghukum penjaga gol lawan Farid Ariffin dengan sepakan dari jarak jauh.

Abdul Rahim Abdul Razak memastikan Sarawak selesa dengan jaringan kedua pada minit ke-33.

Pemain sayap itu menerima umpanan cantik dari Eu­gene Thompson sebelum meledak dari jarak dekat bagi menewaskan Farid buat kali kedua.

Keputusan itu kekal hingga tamat separuh masa per­tama.

Sarawak terus mendomi­nasi perlawanan pada babak kedua dengan deretan seran­gan dilancarkan ke kubu Perlis.

Pada minit ke-74, Abdul Rahim sekali lagi menjadi duri dalam daging Perlis dengan jaringan keduanya bagi meletakkan Sarawak terus selesa dengan kedudu­kan 3-0.

Skuad pelawat akhirnya berjaya mengurangkan de­fisit gol apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-76.

Danial Rusdi tidak men­sia-siakan peluang tersebut bagi menjadikan kedudukan 3-1 hingga tamat masa per­lawanan.

Ketua Jurulatih Johnny Dominicus melahirkan rasa gembira dengan kemenan­gan pertama diraih skuadnya semalam.

“Kemenangan ini sangat penting dan saya sangat gembira kerana pemain ber­jaya memastikan tiga mata penuh milik kita,” katanya semalam.

“Permainan kita semakin baik dari masa ke semasa namun saya harap pemain akan mengekalkan prestasi cemerlang ini.”

Johhny bagaimanapun tidak menafikan masih ada beberapa ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan momentum kemenangan da­pat dikekalkan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Datu Sudarsono Os­man turut merakamkan tahniah di atas kemenan­gan pertama skuad muda Sarawak.

“Saya harap kemenangan ini akan menjadi pencetus ke­pada skuad agar terus mem­berikan yang terbaik pada perlawanan akan datang.”

Sarawak akan menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Isnin depan (17 Februari).

Advertisement