Anda di sini

Ngap Sayot ceriakan lebih 1,000 pelajar

Advertisement

KUCHING: Lebih 1,000 pelajar SMK Demak Baru dikejutkan dengan kunjun­gan skuad bolasepak Sarawak petang semalam.

Program selama sejam itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar beramah mesra selain mengenali pemain Ngap Sayot secara lebih dekat.

Rombongan skuad Sarawak diketuai Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Datu Sudarsono Osman dan Naib Presiden yang juga Pengarah Pendidikan Neg­eri Sarawak Datu Abdillah Adam.

Turut hadir barisan juru­latih yang diketuai pengen­dalinya Robert Alberts.

“Ini merupakan salah satu dari program komuniti FAS bagi memberi peluang kepada pelajar sekolah beramah mes­ra dengan pemain Sarawak,” katanya semalam.

“Selain itu, kita juga mahu memberi peluang kepada pemain berehat sambil be­riadah setelah melalui jadual perlawanan yang ketat di Semenanjung.”

Menurut Sudarsono, beliau cukup gembira dengan samb­utan serta sokongan luar biasa yang diberikan para pelajar sekolah berkenaan.

Katanya, persatuan juga bercadang untuk meneruskan program seumpama itu di masa akan datang.

Rata-rata pelajar tidak mahu melepaskan peluang merakamkan kenangan den­gan kesemua pemain.

Kemuncak program adalah pertunjukkan skil menimang bola oleh kapten pasukan Joseph Kalang Tie, Junior Eldstal, Chanturu dan Gabor Gyepes.

Sementara itu, Pengetua SMK Demak Baru Fatimah Hamid dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada FAS di atas kesudian mereka mengadakan kunjun­gan ke sekolah tersebut.

Advertisement