Anda di sini

Jom sertai CS Futsal terbuka

Advertisement

MIRI: City Sports mem­pelawa pasukan futsal tempatan dan luar Miri menyertai Pertandingan CS Futsal Terbuka 2014 dijadualkan pada 6 hingga 9 Mac depan.

Pemilik Kedai Sukan City Sports, Lee Joon Siong berkata pertand­ingan itu terbuka kepada semua pasukan futsal tem­patan dan warga asing yang memiliki dokumen yang sah.

Pertandingan itu ter­had kepada 64 pasukan sahaja dan tarikh tutup penyertaan pada 2 Mac, manakala cabutan undi diadakan pada 3 Mac, jam 5.30 petang di Stadium Tertutup Miri.

Johan, naib johan dan tempat ketiga masing-mas­ing akan menerima hadiah wang tunai RM1,000, RM500 dan RM300 ber­sama piala dan medal iringan.

Yuran pertandingan sebanyak RM150 setiap pasukan dan mereka ber­minat boleh mendapatkan borang di Kedai Sukan City Sports Miri di sini.

Semua perlawanan ber­langsung di Stadium Ter­tutup Miri dan berdasarkan Peraturan Sukan Futsal Vikings Futsal Internatiol Assocation (VIFA).

Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Lee Joon Siong di talian 012-8041199 atau 085-422333.

Advertisement