Anda di sini

Anwar gelojoh berkempen awal di Kajang: Zahid

Advertisement

PUTRAJAYA: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘gelojoh’ kerana berkempen sebelum tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

“Kalau kita pernah menjadi pembuat undang-undang di Dewan Rakyat, sepatutnya kita patuhi undang-undang dan menjadi contoh yang terbaik,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan kementerian, di sini semalam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri ditanya mengenai tindakan Anwar yang sudah mula berkempen bagi pilihan raya kecil DUN Kajang walaupun pemilihan hanya akan berlangsung bulan depan. — Bernama

Advertisement