Anda di sini

Wee perjelas kenyataan tidak minta Teresa Kok mohon maaf

Advertisement

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong semalam menjelaskan bahawa kenyataan beliau berhubung klip video kontroversi Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Ahad lepas tidak bermaksud menasihatkan Kok supaya memohon maaf.

Katanya kenyataan beliau kepada media ketika itu hanya meminta Kok lebih sensitif dan matang dalam membicarakan sesuatu mesej di khalayak umum sebagaimana budaya masyarakat Cina dan amalan umat Islam.

“Kalau orang Islam boleh bermaaf-maafan pada pe-rayaan Aidilfitri, kita orang Cina patut melafazkan kata-kata yang akan membawa tuah kepada orang lain. Itu adalah sebahagian sedekah kepada orang lain.

“Kita tidak nak orang anggap budaya Cina yang memaki hamun dan mempersenda orang ketika perayaan. Itu bukan budaya kita (Cina) yang seharusnya melakukan perkara demi kebaikan semua orang dan tidak merosakkan hati orang lain,” beliau dipetik sebagai berkata demikian selepas majlis makan malam Tahun Baharu Cina anjuran MCA Sabah di sini. — Bernama

Advertisement